BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 3 February 2013

Allah penentu segalanya....

              hmmmm.....beberapa minggu nie asyik busy dengan kerja sekolah + diserang asma, selsema dan batuk.....tanggal 19 Jan 2013, aku pergi ke Gribbles Lab atas sebab pemeriksaan darah untuk menguji tahap hormon progesterone( hari ke-21 selepas period)....kena tunggu beberapa hari untuk keputusan....bila tiba masanya mendapat keputusan, hati rasa gelisah & takut....gelisah dan takut jika tahap hormon masih terlalu rendah....dah macam2 usaha aku ikhtiarkan untuk jadi seperti wanita lain, boleh mengandungkan zuriat yang menjadi lambang kasih & cinta kami berdua....2 tahun 6  bulan kami menanti tapi masih belum ada khabar gembira....Tuhan sahaja yang tahu peritnya, sedihnya hati apabila melihat kawan2 yang kahwin kemudian telah selamat menimang cahaya mata mereka...tapi kami masih berdua sehingga kini.....
             
            Hatiku tersentap lagi semalam apabila seorang makcik bertanyakan tentang anak kepada aku....kenapa belum mengandung?...Umur dah tua....Kenapa itu?kenapa ini?...pelbagai pertanya yang menyentap hati naluri aku sebagai wanita....airmata aku tahan dengan penuh kesabaran....Ya Allah, sesungguhnya engkau maha mendengar, Maha mengetahui dan sebaik2 perancang.....Hambamu ini memohon agar dikurniakan zuriat buat kami suami isteri...sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan.....Kami amat merindui zuriat pemberian-Mu Ya Allah....makbulkanlah doa hambamu yang kerdil ini.....


Saturday 12 January 2013

Bersabarlah duhai hati

11 Januari, genap umur ku 28 tahun....bermula dengan encik suami, mama, papa, adik2, anak kesayangan ku,Putri Aina Firzanah sehinggalah teman-teman yang mengenali ku mengucapkan selamat hari lahir, murah rezeki, etc....but ada satu message yang betul-betul menyentap hati wanita ini....seorang rakan yang langsung tidak rapat yang tiba2 menyentuh hal anak sehingga menyebabkan hati ini terguris.....Sejak 16 July 2010, apa saja rawatan, ubat atau urutan tradisional, semua sudah kami usahakan....cuma rezeki zuriat itu belum lagi sampai....dan yang paling menyakitkan hati bila ada manusia yang suka pegang2 perut orang & tanya dah pregnant ke belum.....kadang2 rasa nak lempang jer manusia yang bermulut lancang ini....suami isteri mana yang tak nak zuriat (except org yang suka buat anak but then campak dalam longkang), zuriat itu penyambung cinta antara 2 jiwa...hati ini selalu dipujuk supaya tidak mudah terguris tetapi bila ia berkaitan dengan zuriat, hati wanita mana yang mampu bertahan.....wahai hati, bersabarlah...kerana pasti ada hikmah yang kita tidak ketahui kebesarannya....


XOXO
Isteri Kesayangan Encik Nasrie

Thursday 10 January 2013

Turning 28!...

Wah....lama x menulis apa-apa tentang perjalanan hidupku...esok aku bakal meraikan harijadi yang ke 28....oppssss...i'm not young anymore.....bersyukur yang teramat kerana masih dapat bernafas di atas muka bumi Allah ini bersama keluarga & suami tersayang.....doaku untuk tahun ini semoga kami dikurniakan zuriat yang kami idamkan selama ini dan semoga kasih sayang & cinta antara kami kekal mewangi hingga ke syurga......walaupun sukar perjalanan kami untuk mendapatkan zuriat-Mu Ya  Allah, tak akan sekali kami berputus asa kerana kami yakin rezeki itu pasti akan jadi milik kami....Amin Yarabalalamin......