BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 3 February 2013

Allah penentu segalanya....

              hmmmm.....beberapa minggu nie asyik busy dengan kerja sekolah + diserang asma, selsema dan batuk.....tanggal 19 Jan 2013, aku pergi ke Gribbles Lab atas sebab pemeriksaan darah untuk menguji tahap hormon progesterone( hari ke-21 selepas period)....kena tunggu beberapa hari untuk keputusan....bila tiba masanya mendapat keputusan, hati rasa gelisah & takut....gelisah dan takut jika tahap hormon masih terlalu rendah....dah macam2 usaha aku ikhtiarkan untuk jadi seperti wanita lain, boleh mengandungkan zuriat yang menjadi lambang kasih & cinta kami berdua....2 tahun 6  bulan kami menanti tapi masih belum ada khabar gembira....Tuhan sahaja yang tahu peritnya, sedihnya hati apabila melihat kawan2 yang kahwin kemudian telah selamat menimang cahaya mata mereka...tapi kami masih berdua sehingga kini.....
             
            Hatiku tersentap lagi semalam apabila seorang makcik bertanyakan tentang anak kepada aku....kenapa belum mengandung?...Umur dah tua....Kenapa itu?kenapa ini?...pelbagai pertanya yang menyentap hati naluri aku sebagai wanita....airmata aku tahan dengan penuh kesabaran....Ya Allah, sesungguhnya engkau maha mendengar, Maha mengetahui dan sebaik2 perancang.....Hambamu ini memohon agar dikurniakan zuriat buat kami suami isteri...sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan.....Kami amat merindui zuriat pemberian-Mu Ya Allah....makbulkanlah doa hambamu yang kerdil ini.....